Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam

TEKS BAHASA ARAB

 إِيَّاكُمْ وَالزِّنْجِيَّ فَإِنَّهُ خَلْقٌ مُشَوَّةٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam. Sesungguhnya mereka adalah makhluk yang diburukkan rupanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis-hadis celaan kepada orang Habsyah dan Sudan kesemuanya palsu. Seperti hadis: …

إِيَّاكُمْ وَالزِّنْجِيَّ فَإِنَّهُ خَلْقٌ مُشَوَّةٌ
“Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam. Sesungguhnya mereka adalah makhluk yang diburukkan rupanya.”
————————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin (2/286). Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (2/628), Abu Nu’aim di dalam Akhbar Asbahan (1/314). Rujuk: al-Lali’ al-Masnu’ah (1/445) dan Tanzih asy-Syariat (2/32).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon