Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah wajah yang baik dan nama yang indah, ditempatkannya pada kedudukan yang baik, maka dia termasuk dalam pilihan Allah dalam penciptaan-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من آتاه الله وجها حسنا واسما حسنا وجعله في موضع غير شائن فهو من صفوة الله في خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah wajah yang baik dan nama yang indah, ditempatkannya pada kedudukan yang baik, maka dia termasuk dalam pilihan Allah dalam penciptaan-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 62, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون كلامه لا يشبه كلام الأنبياء فضلا عن كلام رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي هو وحي يوحى كما قال الله تعالى {وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى} أي وما نطقه إلا وحي يوحى فيكون الحديث مما لا يشبه الوحي بل لا يشبه كلام الصحابة….وحديث "من آتاه الله وجها حسنا واسما حسنا وجعله في موضع غير شائن فهو من صفوة الله في خلقه".

Antara ciri hadis juga ialah perkataannya tidak menyerupai ucapan para Nabi SAW, apatah lagi ucapan Rasulullah SAW yang merupakan wahyu daripada Allah sebagaimana firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ ٱلْهَوَى (۳) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يَوحَى (٤)
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
Semua ucapan baginda adalah wahyu sehinggakan dikenakan sebahagian hadis palsu dengan sifatnya yang tidak ada persamaan dengan wahyu, bahkan tidak ada persamaan ucapan para sahabat sebagaimana hadis…dan hadis:
مَنْ آتَاهُ اللهُ وَجْهًا حَسَنًا وَاسْمًا حَسَنًا وَجَعَلَهُ فِي مَوْضِعٍ غَيْرِ شَائِنٍ فَهُوَ مِنْ صَفْوَةِ فِي خَلْقِهِ
“Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah wajah yang baik dan nama yang indah, ditempatkannya pada kedudukan yang baik, maka dia termasuk dalam pilihan Allah dalam penciptaan-Nya.”
Semua hadis yang menyebutkan berkenaan keelokan wajah dan pujian kepada mereka atau perintah untuk memandangnya atau memenuhi hajat dengan perantaraan mereka, atau api neraka tidak akan menyentuhnya adalah dusta dan palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.