Tidakkah Abu Bakar menandingi kalian dalam banyaknya puasa dan solatnya,

TEKS BAHASA ARAB

 مَا سَبَقَكُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةِ صَوْمٍ وَلا صَلاةٍ إِنَّمَا سَبَقَكُمْ بِشَيْءٍ وَقَرَ فِي صَدْرِهِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidakkah Abu Bakar menandingi kalian dalam banyaknya puasa dan solatnya, akan tetapi dia menandingi kalian dengan sesuatu yang tetap di dalam dadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

[Pertama]Orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah memalsukan hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq.
[Kedua]Ini adalah kata-kata Abu Bakr bin ‘Ayyash.
_____________________________________
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Al-Maqasid Al-Hasanah (m/s 369). Di dalam Hasyiyah Sheikh Abu Ghudah rahimahullah “Yang ditulis di dalam Al-Maqasid Al-Hasanah tulisan as-Sakhwi (m/s 379) dan kitab hadis-hadis palsu yang lain itu adalah kata-kata Bakr bin Abdullah Al-Mazni.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon