Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة و {قل هو الله أحد} خمس عشرة مرة أعطاه الله يوم القيامة ثواب من قرأ القرآن عشر مرات وعمل بما في القرآن ويخرج يوم القيامة من قبره ووجهه مثل القمر ليلة البدر ويعطيه الله بكل ركعة ألف مدينة من لؤلؤ في كل مدينة ألف قصر من زبرجد في كل قصر ألف دار من الياقوت في كل دار ألف بيت من المسك في كل بيت ألف ‌سرير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat, dan membaca pada tiap rakaatnya al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 15 kali, maka Allah akan memberikan untuknya pada hari kiamat, pahala orang yang khatam membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan mengamalkan semua kandungannya.
Dia akan keluar dari kubur pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya berseri seperti bulan purnama, dan Allah akan memberikan kepadanya 1000 kota daripada mutiara daripada setiap rakaat. Tiap-tiap kota ada 1000 istana daripada zamrud. Pada tiap-tiap istana ada rumah daripada kasturi dan tiap-tiap rumah ada 1000 katil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 37, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Al-Juwaibari
Contoh hadis yang lain,
مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مرة و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ وَعَمِلَ بِمَا فِي الْقُرآنِ وَيَخْرُجُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ قَبْرِهِ وَوَجْهُهُ مِثْلُ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَيُعْطِيهِ اللهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ مَدِينَةٍ مِنْ لُؤْلؤٍ فِي كُلِّ مَدِيْنَةٍ أَلْفُ قَصْرٍ مِنْ زَبَرجَدٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ أَلْفُ دَارٍ مِنَ الْيَاقُوتِ فِي كُلِّ دَارٍ أَلْفُ بَيْتٍ مِنَ الْمِسْكِ فِي كُلِّ بَيْتٍ أَلْفُ سَرِيرٍ…
“Sesiapa solat di malam Ahad empat rakaat, dan membaca pada tiap rakaatnya al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 15 kali, maka Allah akan memberikan untuknya pada hari kiamat, pahala orang yang khatam membaca al-Quran sebanyak 10 kali dan mengamalkan semua kandungannya. Dia akan keluar dari kubur pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya berseri seperti bulan pernama, dan Allah akan memberikan kepadanya 1000 kota daripada mutiara daripada setiap rakaat. Tiap-tiap kota ada 1000 istana daripada zamrud. Pada tiap-tiap istana ada rumah daripada kasturi dan tiap-tiap rumah ada 1000 katil…”
Pendusta ini masih meneruskan penipuannya dengan menyebutkan angka 1000 yang lain.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs