Sesiapa yang masuk ke pasar kemudian dia mengucapkan

TEKS BAHASA ARAB

من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألفَ ألفِ حسنة ومحا عنه ألفَ ألفِ سيئة ورفع له ألفَ ألفِ درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang masuk ke pasar, kemudian dia mengucapkan, “Tiada tuhan melainkan Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah kerajaan dan pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak mati, pada-Nya kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”, maka Allah kan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan menghapus daripadanya satu juta kejahatan dan diangkat sejuta darjat.

STATUS

Ma’lul (cacat)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 25-27, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هذا الحديث معلول أعله أئمة الحديث. قال الترمذي في جامعه: حدثنا أحمد بن منيع حدثنا يزيد ابن هارون أخبرنا أزهر بن سنان حدثنا محمد بن واسع قال قدمت مكة فلقيني سالم بن عبد الله بن عمر فحدثني عن أبيه عن جده إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من دخل السوق فقال الحديث قال الترمذي: “هذا حديث غريب وقد رواه عمرو بن دينار قهرمان آل الزبير عن سالم ابن عبد الله” فذكر الحديث.

Hadis ini cacat (lemah) sepertimana yang telah dinyatakan oleh para ulama hadis. Imam at-Tirmizi menyatakan di dalam al-Jami’, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani’, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, telah mengkhabarkan kepada kami Azhar bin Sinan, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Wasi’, beliau berkata: “Aku pergi ke Mekah, dan bertemu dengan Salim bin Abdullah bin Umar. Lalu beliau menceritakan sebuah hadis yang beliau dengar daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang masuk ke pasar … (hingga akhir hadis).” Imam at-Tirmizi berkata: Ini adalah hadis gharib. Ia diriwayatkan melalui ‘Amr bin Dinar iaitu Qahraman keluarga az-Zubair daripada Salim bin Abdullah. Kemudian beliau menyebutkan hadis ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs