Orang beriman itu manis dan suka akan manisan

TEKS BAHASA ARAB

 الْمُؤْمِنُ حُلْوٌ يُحِبُّ الحَلاَوَةَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang beriman itu manis dan suka akan manisan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 9 Hadis Seperti Pandangan Doktor

Kandungan hadis digambarkan seperti pandangan para doktor atau tip-tip seumpamanya, seperti hadis:…

… Hadis lain:
الْمُؤْمِنُ حُلْوٌ يُحِبُّ الحَلاَوَةَ
“Orang beriman itu manis dan suka akan manisan”
———————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh ad-Dailami di dalam kitab Kanzul ‘Ummal (no.1612) dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitab Tarikh Baghdad (3/113). Manakala kitab al-Maudhu’at karangan Ibnu Jauzi (3/162-163) dengan lafaz (Hati orang beriman manis dan menyukai . . .) dan beliau berpendapat hadis ini tidak sahih.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon