Sekiranya Allah murka

TEKS BAHASA ARAB

إذا غضب الله تعالى أنزل الوحي بالفارسية وإذا رضي أنزله بالعربية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi dan jika Dia reda, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 52, hadis nombor 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…
Contoh berikutnya adalah hadis:
إِذَا غَضَبَ اللهُ تَعَالَى أَنْزَلَ الْوَحْيَ بِالْفَارِسِيَّةِ وَإِذَا رَضِيَ أَنْزَلَهُ بِالْعَرَبِيَّةِ
“Sekiranya Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi dan jika Dia reda, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.”

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs