Terdapat jin betina yang selalu datang menghampiri Nabi, tiba-tiba dia lambat berjumpa baginda

TEKS BAHASA ARAB

كانت جنية تأتي النبي صلى الله عليه وسلم فأبطأت عليه فقال: ما أبطأ بك؟ قالت: مات لها ميت بالهند، فذهبت في تعزيته. فرأيت في طريقي إبليس يصلي على صخرة فقلت له: ما حملك على أن أضللت بني آدم؟ فقال: دعي هذا عنك قلت: تصلي، وأنت أنت؟ قال يا فارغة، إني لأرجو من ربي إذا بر قسمه أن يغفر لي، فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحك مثل ذلك اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat jin betina yang selalu datang menghampiri Nabi, tiba-tiba dia lambat berjumpa baginda. Lalu Nabi bertanya: ‘Apa yang membuat kamu lambat?’ Jin itu menjawab: ‘Seseorang telah mati di India, maka aku mahu pergi mengucapkan takziah. Sedang dalam perjalanan, aku mendapati iblis sedang solat di atas batu maka aku bertanya kepadanya, apa yang mendorongmu untuk menyesatkan Bani Adam?’ Lalu iblis menjawab: Tinggalkanlah perkara ini’ Lalu aku bertanya lagi, ‘Kamu solat tetapi kamu.. kamu…?’ Iblis menjawab, ‘Wahai jin betina! Sesungguhnya aku mengharapkan daripada Tuhanku, jika Dia menunaikan sumpahNya maka Dia akan mengampuniku. Belum pernah aku melihat Rasulullah ketawa seperti ketawanya pada hari itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 78, hadis nombor 139. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن هذا حديث "كانت جنية تأتي النبي صلى الله عليه وسلم فأبطأت عليه فقال: ما أبطأ بك؟ قالت: مات لها ميت بالهند، فذهبت في تعزيته. فرأيت في طريقي إبليس يصلي على صخرة فقلت له: ما حملك على أن أضللت بني آدم؟ فقال: دعي هذا عنك قلت: تصلي، وأنت أنت؟ قال يا فارغة، إني لأرجو من ربي إذا بر قسمه أن يغفر لي، فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ضحك مثل ذلك اليوم".
قال ابن عدي في (الكامل) : حدثنا عبد المؤمن بن أحمد حدثنا منقر ابن الحكم حدثنا ابن لهيعة عن أبيه عن أبي الزبير عن جابر فذكره، والله تعالى أعلم بما دس في كتب ابن لهيعة وإلا فهو أعلم بالحديث من أن يروج عليه مثل هذا الهذيان.

كَانَتْ جِنِّيَّةٌ تَأْتِي النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبْطَأَتْ عَلَيْهِ فَقَالَ: مَا أَبْطَأَ بِكِ؟ قَالَتْ: مَاتَ لَهَا مَيِّتٌ بِالْهِنْدِ، فَذَهَبْتُ فِي تَعْزِيَتِهِ. فَرَأَيْتُ فِي طَرِيقِي إِبْلِيسَ يُصَلِّي عَلَى صَخْرَةٍ فَقُلْتُ لَهُ: مَا حَمَلَكَ عَلَى أَنْ أَضْلَلْتَ بَنِي آدَمَ؟ فَقَالَ: دَعِي هَذَا عَنْكِ قُلْتُ: تُصَلِّي، وَأَنْتَ أَنْتَ؟ قَالَ يَا فَاِرغَةُ، إِنِّي لأَرْجُو مِنْ رَبِّي إِذَا بَرَّ قَسَمَهُ أَنْ يَغْفِرَ لِي، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ مِثْلَ ذَلِكَ الْيَوْمِ
“Terdapat jin betina yang selalu datang menghampiri Nabi, tiba-tiba dia lambat berjumpa baginda. Lalu Nabi bertanya: ‘Apa yang membuat kamu lambat?’ Jin itu menjawab: ‘Seseorang telah mati di India, maka aku mahu pergi mengucapkan takziah. Sedang dalam perjalanan, aku mendapati iblis sedang solat di atas batu maka aku bertanya kepadanya, apa yang mendorongmu untuk menyesatkan Bani Adam?’ Lalu iblis menjawab: Tinggalkanlah perkara ini’ Lalu aku bertanya lagi, ‘Kamu solat tetapi kamu.. kamu…?’ Iblis menjawab, ‘Wahai jin betina! Sesungguhnya aku mengharapkan daripada Tuhanku, jika Dia menunaikan sumpahNya maka Dia akan mengampuniku. Belum pernah aku melihat Rasulullah ketawa seperti ketawanya pada hari itu.”
Ibnu ‘Adi di dalam kitabnya, al-Kamil berkata: ‘Abdul Mukmin bin Ahmad telah menceritakan kepadaku daripada Minqar bin Hakam daripada Ibnu Lahi’ah daripada bapanya daripada Abi Zuhair dan daripada Jabir yang menyebut hadis ini.
Demi Allah, hanya Allah yang mengetahui siapa yang memasukkan hadis ini ke dalam kitab Ibnu Lahi’ah jika tidak beliau telah menjadi orang yang sangat tahu tentang hadis. Tidak mungkin juga beliau meriwayatkan kekarutan seperti ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.