Sesungguhnya bumi ini berada di atas batu. Batu tersebut berada di atas tanduk kerbau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الأرض على صخرة والصخرة على قرن ثور فإذا حرك الثور قرنه تحركت الصخرة فتحركت الأرض وهي الزلزلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bumi ini berada di atas batu. Batu tersebut berada di atas tanduk kerbau. Jika kerbau menggoyangkan tanduknya, maka bergetarlah batu yang bertenggek di atasnya, lalu bumi pun bergoncang. Maka, itulah dinamakan gempa bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 78, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن هذا حديث "إن الأرض على صخرة والصخرة على قرن ثور فإذا حرك الثور قرنه تحركت الصخرة فتحركت الأرض وهي الزلزلة" والعجب من مسود كتبه بهذه الهذيانات.

Di antaranya (hadis palsu) hadis:
إِنَّ الأَرْضَ عَلَى صَخْرَةٍ وَالصَّخْرَةُ عَلَى قَرْنِ ثَوْرٍ فَإِذَا حَرَّكَ الثَّوْرُ قَرْنَهُ تَحَرَكَّتِ الصَّخْرَةُ فَتَحَرَّكَتِ الأَرْضِ وَهِيَ الزَّلْزَلَةُ
“Sesungguhnya bumi ini berada di atas batu. Batu tersebut berada di atas tanduk kerbau. Jika kerbau menggoyangkan tanduknya, maka bergetarlah batu yang bertenggek di atasnya, lalu bumi pun bergoncang. Maka, itulah dinamakan gempa bumi.”
Ajaib bagi orang yang menghitamkan bukunya dengan kekarutan-kekarutan ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.