Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الأحد أربع ركعات بتسليمة واحدة يقرأ في كل ركعة (الحمد) و (آمن الرسول) إلى آخرها كتب الله له ألف حجة وألف عمرة وألف غزوة وبكل ركعة ألف صلاة وجعل بينه وبين النار ألف ‌خندق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah (surah al-Fatihah) dan Amanarrasul (surah al-Baqarah ayat 285) hingga habis, maka Allah akan menulis baginya pahala 1000 kali haji dan 1000 kali umrah, 1000 kali jihad dan tiap rakaatnya sama dengan 1000 solat, dan akan dibuatkan pemisah antara dia dan neraka sejauh 1000 parit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 36, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Al-Juwaibari
Contoh yang lain ialah hadis:
مَنْ صَلَّى يَوْمَ الأَحَدِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَةٍ وَاحِدَةٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ (الْحَمْدَ) و (آمن الرَّسُولُ) إلَى آخِرِهَا كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ حَجَّةٍوَأَلْفَ عُمْرَةٍ وَأَلْفَ غَزْوَةٍ وَبِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ صَلاةٍ وَجَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ أَلْفَ خَنْدَقٍ…
“Sesiapa solat pada hari Ahad sebanyak empat rakaat dengan satu salam, dia membaca di setiap rakaat Alhamdulillah (surah al-Fatihah) dan Amanarrasul (surah al-Baqarah ayat 285) hingga habis, maka Allah akan menulis baginya pahala 1000 kali haji dan 1000 kali umrah, 1000 kali jihad dan tiap rakaatnya sama dengan 1000 solat, dan akan dibuatkan pemisah antara dia dan neraka sejauh 1000 parit.”
Semoga Allah mengutuk pemalsu hadis ini, betapa lancangnya dia (berbohong) ke atas Allah dan Rasul-Nya.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs