Sesiapa solat pada hari Isnin 4 rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الاثنين أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي مرة و {قل هو الله أحد} مرة وقل أعوذ برب الفلق مرة كفرت ذنوبه كلها وأعطاه الله قصرا في الجنة من درة بيضاء في جوف القصر سبعة أبيات طول كل بيت ثلاثة آلاف ذراع ‌وعرضه مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa solat pada hari Isnin empat rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi, Qul huwallahu ahad sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali, maka akan dihapuskan seluruh dosanya dan Allah akan menganugerahkannya sebuah istana di syurga daripada mutiara putih, di dalam istana ada tujuh rumah yang tingginya 3000 hasta, dan lebarnya seperti itu juga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 38-39, hadis nombor 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Ahli Zuhud dan Sufi
Contoh hadis yang lain,
مَنْ صَلَّى يَوْمَ الاثْنَيْنِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّة وآيَةُ الكُرْسِي مَرَّةً و {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} مَرَّةً وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَرَّةً كُفِّرَتْ ذُنُوبُهُ كُلُّهَا وَأَعْطَاهُ اللهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ مِنْ دُرَّةٍ بَيْضَاءَ فِي جَوفِ الْقَصْرِ سَبْعَةُ أَّبْيَاتٍ طُولُ كُلِّ بَيْتٍ ثَلاثَةُ آلافِ ذِرَاعٍ وَعَرْضُهُ مِثْلُ ذَلِكَ
“Sesiapa solat pada hari Isnin 4 rakaat, membaca pada tiap rakaat surah al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi, Qul huwallahu ahad sekali dan Qul a’uzubirabbin nas sekali, maka akan dihapuskan seluruh dosanya dan Allah akan menganugerahkannya sebuah istana di syurga daripada mutiara putih, di dalam istana ada tujuh rumah yang tingginya 3000 hasta, dan lebarnya seperti itu juga.”
Lanjutan hadis ini masih dipanjangkan oleh pendusta yang keji ini. Di dalamnya terdapat kenyataan berhubung ganjaran yang sangat berlebihan. Ini adalah hasil ciptaan al-Husain bin Ibrahim pendusta (lagi dajjal) yang meriwayatkan daripada Muhammad bin Tohir dan dia memalsukan hadis-hadis tentang keutamaan solat-solat pada hari Ahad, malam Ahad, hari Isnin, malam Isnin, hari Selasa, malam Selasa dan demikian seterusnya hingga genap 7 hari 7 malam.
Bab ini sangat luas (perbahasannya). Kami hanya menyebutkan contoh yang amat sedikit agar diketahui bahawa hadis-hadis ini dan lainnya, yang terdapat sifat berlebih-lebihan yang keji serta jauh daripada kebenaran adalah pendustaan atas nama Rasulullah SAW.
Hadis-hadis seperti ini ternyata banyak diamalkan oleh kebanyakkan orang-orang yang jahil terhadap hadis nabi. Mereka itu terdiri daripada orang yang disandarkan kepada sifat zuhud dan fakir, serta ramai juga daripada kalangan orang yang disandarkan kepada ilmu fikah.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.