Jibril, Mikail dan al-Khadhir berkumpul di Arafah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril, Mikail dan al-Khadhir berkumpul di Arafah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 67, hadis nombor 126. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته كلها كذب ولا يصح في حياته حديث واحد كحديث "إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان في المسجد فسمع كلاما من ورائه فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر".
وحديث "يلتقي الخضر وإلياس كل عام … ".
وحديث "يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر الحديث المفترى الطويل".

Di antaranya (hadis palsu): Kesemua hadis yang menyebutkan tentang al-Khadhir dan kehidupannya adalah dusta serta tidak ada satu hadis sahih pun mengenai kehidupannya seperti hadis:
إِنَّ رِسُولَ اللَهِ صَلَّى اللَهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَ كَلامٍا مِنْ وَرَائِهِ فَذَهَبُوا يَنْظُرُوْنَ فَإِذَا هُوَ الخَضِر
“Sesungguhnya Rasulullah berada di dalam masjid lalu baginda mendengar suara daripada belakangnya. Maka para sahabat menghampiri suara tersebut dan melihat suara itu, rupanya ia (daripada) Khadhir.”
dan hadis:
"يَلْتَقِي الْخَضِرُ وَإِلْيَاسُ كُلَّ عام…"
“Khadhir dan Ilyas bertemu pada setiap tahun.”
dan hadis:
يَجتَمِعُ بِعَرَفَةً جِبْرِبلُ وَمِيكَائَيلُ وَالخَضِر
“Jibril, Mikail dan al-Khadhir berkumpul di Arafah… Hadis palsu yang panjang.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.