Meniup makanan menghilangkan keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

 النَّفْخُ فِي الطَّعَامِ يُذْهِبُ البَرَكَةُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meniup makanan menghilangkan keberkatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (3/193). Nuqasy berkata hadis ini dipalsukan oleh ‘Abdullah bin Haris. Rujuk al-Lali’ al-Masnu’ah (2/254), Tanzih asy-Syari’ah (2/258), al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 157). Hadis ini berikutan daripada hadis ((Rasulullah SAW melarang meniup pada makanan dan minuman.) yang Direkodkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (1/357) dan Imam at-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi (no.1887).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon