Seandainya nasi ialah seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

لو كان الأرز رجلا لكان حليما ما أكله جائع إلا أشبعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seandainya nasi ialah seorang lelaki, tentunya dia akan bersikap lembut, tidaklah ada yang lapar memakannya kecuali akan membuatkannya kenyang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 54, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: سماجة الحديث وكونه مما يسخر منه…وحديث “الجوز دواء والجبن داء فإذا صار في الجوف صار شفاء” فلعن الله واضعه على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang buruk dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya. Contohnya… Dan hadis: “Seandainya nasi ialah seorang lelaki, tentunya dia akan bersikap lembut, tidaklah ada yang lapar memakannya kecuali akan membuatkannya kenyang.” Maka, moga Allah melaknat perekanya terhadap Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs