Sesiapa yang berpuasa pada pagi Aidilfitri

TEKS BAHASA ARAB

من صام صبيحة يوم الفطر فكأنما صام الدهر كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada pagi Aidilfitri, maka seolah-olah berpuasa setahun keseluruhannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 46, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن ذلك حديث يرويه محمد بن عبد الرحمن بن البيلماني عن ابن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم: من صام صبيحة يوم الفطر فكأنما صام الدهر كله، وهذا حديث باطل موضع على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Termasuk juga hadis palsu adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Abdul Rahman bin al-Bailamani daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW,
“Sesiapa berpuasa pada pagi Aidilfitri, maka seolah-olah berpuasa setahun keseluruhannya.” Hadis ini batil dan dipalsukan terhadap Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs