Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah wa bihamdih

TEKS BAHASA ARAB

من قال سبحان الله وبجمده غرس الله له ألف ألف نخلة في الجنة أصلها من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengucapkan "Subhanallah wa bihamdih" maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 31-32, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Antara contoh hadis palsu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ja’far bin Jasr daripada ayahnya daripada Thabit daripada Anas, Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ غَرَسَ الله لَه ُأَلْفَ أَلْفِ نَخْلَةِ فِي الْجَنَّةِ أَصْلُهَا مِنْ ذَهَبِ
“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas.”
Ja’far dalam riwayat ini adalah Ja’far bin Jasr bin Farqad Abu Salman al-Qassab al-Basri. Ibnu ‘Adi berkata: Hadis-hadisnya munkar. Al-Azdi berkata: Para ahli hadis membincangkannya.
Adapun ayahnya (Jasr bin Farqad), Yahya bin Ma’in berkata: Tiada nilainya. Hadisnya tidak dicatat. An-Nasa’i dan ad-Daruqutni berkata: Daif. Ibnu Hibban berkata: Keluar daripada had adil. Ibnu Adi berkata: “Kebanyakkan hadis-hadisnya tidak terpelihara.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.