Memandang wajah yang indah adalah ibadah

TEKS BAHASA ARAB

 النَّظَرُ إِلَى الْوَجْهِ الْجَمِيلِ عِبَادَةٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memandang wajah yang indah adalah ibadah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 7 Perkataannya Tidak Menyerupai Ucapan Para Nabi

Antara ciri hadis juga ialah perkataannya tidak menyerupai ucapan para Nabi SAW, apatah lagi ucapan Rasulullah SAW yang merupakan wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ ٱلْهَوَى (۳) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يَوحَى (٤)
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
(An-Najm: 3-4)
Semua ucapan baginda adalah wahyu sehinggakan dikenakan sebahagian hadis palsu dengan sifatnya yang tidak ada persamaan dengan wahyu, bahkan tidak ada persamaan ucapan para sahabat…

… Hadis berikutnya adalah:
النَّظَرُ إِلَى الْوَجْهِ الْجَمِيلِ عِبَادَةٌ
“Memandang wajah yang indah adalah ibadah.”
————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Al-Qari menyebutkan di dalam al-Asrar al-Marfu’ah (ms.355), “Ibnu al-Qayyim berkata: ‘Guru kami iaitu Ibnu Taimiyah berkata, ‘Hadis ini adalah satu pembohongan bahkan pemalsuan terhadap Rasulullah SAW. Tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dengan sanad sahih, bahkan ia tergolong dalam hadis-hadis palsu.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon