Umur dunia adalah 7000 tahun dan kita sekarang berada di tahun seribu yang ke tujuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مقدار الدنيا وأنها سبعة آلاف سنة ونحن في الألف السابعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umur dunia adalah 7000 tahun dan kita sekarang berada di tahun seribu yang ke tujuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 80, hadis nombor 142. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: مخالفة الحديث صريح القرآن كحديث مقدار الدنيا "وأنها سبعة آلاف سنة ونحن في الألف السابعة".
وهذا من أبين الكذب لأنه لو كان صحيحا لكان كل أحد عالما أنه قد بقي للقيامة من وقتنا هذا مئتان وأحد وخمسون سنة والله تعالى يقول: {يسألونك عن الساعة أيان مرساها قل إنما علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ثقلت في السماوات والأرض لا تأتيكم إلا بغتة يسألونك كأنك حفي عنها قل إنما علمها عند الله} وقال الله تعالى: {إن الله عنده علم الساعة}
وقال النبي صلى الله عليه وسلم: "لا يعلم متى تقوم الساعة إلا الله".

Antara ciri lain (hadis palsu) adalah hadis itu bercanggah dengan ayat-ayat al-Quran yang jelas. Seperti hadis:
مِقْدَارِ الدُّنْيَا وَأَنَّهَا سَبْعَةُ آلاف سَنَةٍ وَنَحْنُ فِي الأَلْفِ السَّابِعَةِ
“Umur dunia adalah 7000 tahun dan kita sekarang berada di tahun seribu yang ke tujuh.”
Hadis ini ternyata bohong kerana jika benar, maka setiap orang mengetahui waktu kiamat akan terjadi pada tahun 251 tahun lagi. Sedangkan Allah berfirman:
يسألونك عن الساعة أيان مرساها قل إنما علمها عند ربي لا يجليها لوقتها إلا هو ثقلت في السماوات والأرض لا تأتيكم إلا بغتة يسألونك كأنك حفي عنها قل إنما علمها عند الله
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat” ‘Bilakah masa datangnya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.’ Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Al-A’raf: 187)
Firman Allah SWT,
إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ, عِلْمُ السَّاعَةِ .. (۳٤)
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.”
(Luqman: 34)
Nabi Muhammad SAW bersabda,
لاَ يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إلا اللهُ
“Tidak ada yang mengetahui bila terjadinya hari kiamat kecuali Allah.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.