TEKS BAHASA ARAB
عند رأس مئة يبعث الله ريحا باردة يقبض الله فيها روح كل مؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada tiap awal dari seratus tahun (permulaan abad), Allah akan mengirimkan angin yang dingin. Ketika itu, Allah cabut roh setiap orang yang beriman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 110, hadis nombor 214. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا….وحديث "عند رأس مئة يبعث الله ريحا باردة يقبض الله فيها روح كل مؤمن".
Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.…dan hadis lain:
عَنْدَ رَأْسِ مِئَةٌ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا بَارِدَةً يَقْبِضُ اللهُ فِيهَا رُوحَ كَلِّ مُؤْمِنٍ
“Pada tiap awal dari seratus tahun (permulaan abad), Allah akan mengirimkan angin yang dingin. Ketika itu, Allah cabut roh setiap orang yang beriman.”
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.