Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang diperbuat daripada batu bernama ‘Umarah

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملكا من حجارة يقال له عمارة ينزل على حمار من حجارة كل يوم فيسعر الأسعار ثم يعرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang diperbuat daripada batu bernama ‘Umarah. ‘Umarah akan turun di atas himar yang berasal daripada batu pada setiap hari. Lalu malaikat ini akan menetapkan harga dan kemudian naik (ke langit).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 101, hadis nombor 183. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: ركاكة ألفاظ الحديث وسماجتها بحيث يمجها السمع ويدفعها الطبع ويسمج معناها للفطن….وحديث "إن لله ملكا من حجارة يقال له عمارة ينزل على حمار من حجارة كل يوم فيسعر الأسعار ثم يعرج.

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah lafaznya sangat lemah dan menggelikan. Ia menggelikan orang yang mendengarnya serta maknanya menggelikan orang-orang yang bijak…dan hadis:
إِنَّ لِلَّهِ مَلَكًا مِنْ حِجَارَةٍ يُقَالُ لَهُ عُمَارَةُ يَنْزِلُ عَلَى حِمَارٍ مِنْ حِجَارَةٍ كُلَّ يَوْمٍ فَيُسَعِّرُ الأَسْعَارَ ثُمَّ يَعْرُجُ
“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang diperbuat daripada batu bernama ‘Umarah. ‘Umarah akan turun di atas himar yang berasal daripada batu pada setiap hari. Lalu malaikat ini akan menetapkan harga dan kemudian naik (ke langit).”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs