Sesungguhnya manusia diseru pada hari kiamat kelak dengan nama ibu mereka bukan nama bapa mereka

TEKS BAHASA ARAB

أن الناس يوم القيامة يدعون بأمهاتهم لابآئهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia diseru pada hari kiamat kelak dengan nama ibu mereka bukan nama bapa mereka.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 139, hadis nombor 317. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو باطل والأحاديث الصحيحة بخلافه قال البخاري في صحيحه: "باب ما يدعى الناس يوم القيامة بآبائهم" ثم ذكر حديث "ينصب لكل غادر لواء يوم القيامة بقدر غدرته فيقال هذه غدرة فلان بن فلان" وفي الباب أحاديث أخرى غير ذلك.

Hadis ini batil, terdapat hadis-hadis sahih yang bertentangan dengannya. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab hadis sahihnya di bawah bab manusia diseru pada hari kiamat dengan nama bapa mereka, kemudian beliau menyebut hadis:
يُنْصَبُ لِكُّلِ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقَدّرِ غَدْرَتِهِ فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلانِ بْنِ فُلانٍ
“Akan diberikan kepada para pengkhianat pada hari kiamat dengan bendera sesuai dengan tahap pengkhianatannya, dikatakan kepada mereka: ini adalah pengkhianatan polan bin polan”
Dalam bab ini mempunyai hadis yang lain, selain hadis ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.