Wahai Humaira, jangan mandi dengan air yang kena terik matahari kerana sesungguhnya ia mewariskan penyakit sopak

TEKS BAHASA ARAB

يا حميراء لا تغتسلي بالماء المشمس فإنه يورث البرص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Humaira, jangan mandi dengan air yang kena terik matahari kerana sesungguhnya ia mewariskan penyakit sopak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 60, hadis nombor 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون الحديث باطلا في نفسه فيدل بطلانه على أنه ليس من كلام الرسول صلى الله عليه وسلم… وحديث "يا حميراء لا تغتسلي بالماء المشمس فإنه يورث البرص". وكل "حديث فيه "يا حميراء" أو ذكر "الحميراء" فهو كذب مختلق.

Antaranya (ciri hadis palsu) ialah hadis tersebut nyata kebatilan padanya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia bukan daripada kata-kata Rasulullah SAW seperti hadis…dan hadis lain:
يَا حُمَيْرَاءُ لا تَغْتَسِلِي بِالْمَاءِ الْمُشَمَّسِ فَإِنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ
“Wahai Humaira, jangan mandi dengan air yang kena terik matahari kerana sesungguhnya ia mewariskan penyakit sopak.”

Semua hadis yang menyebutkan lafaz “Wahai Humaira” atau menyebut “al-Humaira” adalah penipuan lagi palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs