Jangan kalian mencaci ayam jantan. Ini kerana, ia adalah sahabatku

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا الديك فإنه صديقي ولو يعلم بنو آدم ما في صوته لا شتروا ريشه ولحمه بالذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian mencaci ayam jantan. Ini kerana, ia adalah sahabatku. Jika anak cucu Adam tahu rahsia di sebalik kokokannya, tentu mereka akan membeli bulu dan dagingnya dengan emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 55, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: سماجة الحديث وكونه مما يسخر منه…وحديث "لا تسبوا الديك فإنه صديقي ولو يعلم بنو آدم ما في صوته لا شتروا ريشه ولحمه بالذهب"…وبالجملة فكل أحاديث الديك كذب إلا حديثا واحدا "إذا سمعتم صياح الديكة فسألوا الله من فضله فإنها رأت ملكا".

Di antaranya (ciri hadis palsu) juga adalah kandungan hadis yang buruk dan mengundang persendaan orang yang mendengarnya seperti hadis…dan hadis lain:

لا تَسُبُّوا الدِّيكَ فَإِنَّهُ صَدِيقِي وَلَوْ يَعْلَمُ بَنُو آدَمَ مَا فِي صَوْتِهِ لاَشْتَرُوا رِيشَهُ وَلَحْمَهُ بِالذَّهَبِ
“Jangan kalian mencaci ayam jantan. Ini kerana, ia adalah sahabatku. Jika anak cucu Adam tahu rahsia di sebalik kokokannya, tentu mereka akan membeli bulu dan dagingnya dengan emas.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs