Menatap wajah yang baik akan menjelaskan pandangan

TEKS BAHASA ARAB

النظر إلى الوجه الحسن يجلو البصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menatap wajah yang baik akan menjelaskan pandangan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 62, hadis nombor 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون كلامه لا يشبه كلام الأنبياء فضلاعن كلام رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي هو وحي يوحى كما قال الله تعالى {وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى} أي وما نطقه إلا وحي يوحى فيكون الحديث مما لا يشبه الوحي بل لا يشبه كلام الصحابة…وحديث "النظر إلى الوجه الحسن يجلو البصر" وهذا ونحوه من وضع بعض الزنادقة.

Antara ciri hadis palsu juga ialah perkataannya tidak menyerupai ucapan para Nabi SAW, apatah lagi ucapan Rasulullah SAW yang merupakan wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ ٱلْهَوَى (۳) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يَوحَى (٤)
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
(An-Najm: 3-4)
Semua ucapan baginda adalah wahyu sehinggakan dikenakan sebahagian hadis palsu dengan sifatnya yang tidak ada persamaan dengan wahyu, bahkan tidak ada persamaan ucapan para sahabat seperti hadis…dan hadis lain:
النَّظَرُ إِلَى الْوَجْهِ الْحَسَنِ يَجْلُو الْبَصَرَ
“Menatap wajah yang baik akan menjelaskan pandangan.”
Ini adalah bentuk hadis yang direka oleh kelompok Zindiq.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs