Jika seseorang bersin ketika sedang berbicara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس الرجل عند الحديث فهو دليل صدقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang bersin ketika sedang berbicara, maka itu petanda kebenaran kata-katanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 51, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكذلك حديث “إذا عطس الرجل عند الحديث فهو دليل صدقه” وهذا وإن صحح بعض الناس سنده فالحس يشهد بوضعه لأنا نشاهد العطاس والكذب يعمل عمله ولو عطس مئة ألف رجل عند حديث يروى عن النبي صلى الله عليه وسلم لم يحكم بصحته بالعطاس ولو عطسوا عند شهادة زور لم تصدق..

Begitu juga dengan hadis: “Jika seseorang bersin ketika sedang berbicara, maka itu petanda kebenaran kata-katanya.” Meskipun sebahagian orang menilai sahih sanad hadis ini, kenyataan ini membuktikan kepalsuan kandungannya. Ini kerana, kita menyaksikan berapa ramai orang yang bersin semasa berdusta. Kalaulah ada 100,000 orang yang bersin tatkala dibacakan hadis yang diriwayatkan daripada nabi SAW belum boleh disahkan bahawa hadis tersebut sahih dengan sebab bersin. Demikian juga, jika mereka bersin ketika disampaikan kesaksian palsu, maka persaksian tersebut tidak boleh dibenarkan.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.