Tidak akan lahir selepas 100 tahun akan datang seorang pun yang Allah memerlukannya

TEKS BAHASA ARAB

لا يولد بعد المئة مولود ولله فيه حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan lahir selepas 100 tahun akan datang seorang pun yang Allah memerlukannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 109, hadis nombor 209. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث ذم الأولاد كلها كذب من أولها إلى آخرها… وحديث "لا يولد بعد المئة مولود ولله فيه حاجة".

Di antaranya (hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tentang celaan kepada anak-anak adalah palsu daripada awal sehingga akhirnya…dan hadis:
لاَ يُوْلَدُ بَعْدَ المِئَةِ مَوْلُوْدٌ وَلِلَّهِ فِيْهِ حَاجَةٌ
“Tidak akan lahir selepas 100 tahun akan datang seorang pun yang Allah memerlukannya.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs