Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50000 kali solat (di masjid lain)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الصلاة فيه بخمسين ألف صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50000 kali solat (di masjid lain).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 92, hadis nombor 162. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الباب حديث رابع دون هذه الأحاديث رواه ابن ماجه في سننه وهو حديث مضطرب "إن الصلاة فيه بخمسين ألف صلاة" وهذا محال لأن مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم أفضل منه والصلاة فيه تفضل على غيره بألف صلاة.

Dalam bab (kelebihan Masjid al-Aqsa) ini terdapat hadis keempat yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Tetapi hadis tersebut adalah Mudhtarib (hadis yang bertukar-tukar perawi atau berubah-rubah bentuk matan) yang berbunyi,
إِنَّ الصَّلاةَ فِيهِ بِخَمْسِينَ أَلْفَ صَلاةٍ
“Solat di dalamnya (Masjid al-Aqsa) bersamaan 50 000 kali solat (di masjid lain).”
Hadis ini mustahil kerana masjid Rasulullah SAW lebih afdhal (baik) daripada Masjid al-Aqsa. Bersolat di masjid Rasulullah SAW 1000 kali lebih afdhal (baik) daripada solat di masjid lain.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.