Rejab ialah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rejab ialah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 95, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكذلك أحاديث صلاة الرغائب ليلة أول جمعة من رجب كلها كذب مختلق على رسول الله صلى الله عليه وسلم وأمثلها: ما رواه عبد الرحمن بن منده -وهو صدوق- عن ابن جهضم وهو واضع الحديث حدثنا علي بن محمد بن سعيد البصري حدثنا أبي حدثنا خلف بن عبد الله الصنعاني عن حميد الطويل عن أنس يرفعه "رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي" الحديث.

Begitu juga hadis-hadis tentang solat Ragha’ib pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Semuanya adalah palsu dan didustakan atas nama Rasulullah SAW.
Hadis yang paling baik daripadanya ialah apa yang diriwayatkan oleh ‘Abdurrahman bin Mandah – dia ialah seorang yang jujur – daripada Ibnu Jahdhom – dia ialah seorang pemalsu hadis – katanya: “Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Muhammad bin Sa’id al-Basri, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Kholaf bin ‘Abdullah as-San’aani, daripada Humaid, daripada Anas sehingga kepada baginda:
رَجَبُ شَهْرُ اللَهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي
Rejab ialah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.