Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya dan di sisinya ada orang duduk bersamanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أهديت إليه هدية وعنده جماعة فهم شركاؤه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya dan di sisinya ada orang duduk bersamanya, maka mereka adalah rakan kongsinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 135, hadis nombor 305. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: "لا يصح في هذا الباب شيء " وقال البخاري في صحيحه: "باب من أهدي له هدية وعنده جلساؤه فهو أحق" قال: "ويذكر عن ابن عباس أن جلساءه شركاؤه ولم يصح".

Al-Uqaily berkata: Tidak sahih hadis di dalam bab ini satu pun.
Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab hadis sahihnya, dalam bab siapa yang diberi hadiah dan dia bersama teman-temannya maka dia lebih berhak atas hadiah tersebut:
“Disebutkan daripada Ibnu Abbas bahawa teman duduknya itu juga berkongsi dengannya. Namun riwayat ini tidak sahih.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.