Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan

TEKS BAHASA ARAB

 الْمُؤْمِنُ حُلْوِيٌّ وَالكَافِرُ خَمْرِيٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 9 Hadis Seperti Pandangan Doktor

Kandungan hadis digambarkan seperti pandangan para doktor atau tip-tip seumpamanya, seperti hadis:…

… Begitu juga terdapat hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta lagi jahat dengan lafaz:
الْمُؤْمِنُ حُلْوِيٌّ وَالكَافِرُ خَمْرِيٌ
“Orang beriman menyukai yang manis dan orang kafir menyukai yang memabukkan.”
———————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Ibnu Hajar berkata hadis ini batil dan tidak ada asal padanya, Rujuk: al-Maqasid al-Hasanah (ms.685) dan Kasyful Khafa’ (2/292).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon