Tidak akan masuk syurga anak yang lahir daripada jenayah zina

TEKS BAHASA ARAB

لا يدخل الجنة ولد زنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan masuk syurga anak yang lahir daripada jenayah zina.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 133, hadis nombor 299. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن ذلك أحاديث "لا يدخل الجنة ولد زنا" قال أبو الفرج ابن الجوزي: "وقد ورد في ذلك أحاديث ليس فيها شيء يصح وهي معارضة بقوله تعالى: {ولا تزر وازرة وزر أخرى} ".
قلت ليست معارضة بها إن صحت فإنه لم يحرم الجنة بفعل والديه بل لأن النطفة الخبيثة لا يتخلق منها طيب في الغالب ولا يدخل الجنة إلا نفس طيبة فإن كانت في هذا الجنس طيبة دخلت الجنة وكان الحديث من العام المخصوص.
وقد ورد في ذمه "إنه شر الثلاثة" وهو حديث حسن ومعناه صحيح بهذا الاعتبار فإن شر الأبوين عارض وهذا نطفة خبيثة فشره في أصله وشر الأبوين من فعلهما.

Antaranya juga adalah hadis-hadis yang menyebutkan tidak akan masuk syurga anak yang lahir daripada jenayah zina.
Abu Faraj Ibn Al-Jauzi berkata: “Telah datang dalam perkara itu beberapa hadis. Tiada yang sahih dari hadis-hadis tersebut, dan ia bertentangan dengan firman Allah: (ولا تزر وازرة وزر أخرى) yang bermaksud: ‘Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) – al-Isra’: 15”.
Aku (Ibn al-Qayyim) berkata: Jika hadis ini sahih, maka ia tidak bertentangan dengan ayat di atas. Anak zina tidak diharamkan baginya syurga hanya kerana perbuatan ibu atau bapanya, akan tetapi satu benih yang buruk tidak akan tercipta baik mengikut kebiasaannya, dan tidak akan memasuki syurga kecuali jiwa yang baik. Jika anak jenis ini (anak zina) adalah seorang yang baik, maka dia layak memasuki syurga. Hadis ini termasuk dalam sesuatu yang umum tetapi dikhususkan.
Terdapat hadis yang mencelanya (anak zina): “Dia paling jahat daripada tiga orang (dia dan ibubapanya)”. Ia adalah hadis hasan, dan maknanya adalah sahih dengan iktibar seperti ini.
Sesungguhnya keburukan ibu bapa adalah sesuatu yang datang (bukan asal kejadian), manakala benih itu pula benih yang buruk, maka kejahatannya daripada induknya dan kejahatan ibubapanya pada perbuatan mereka.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.