Sesiapa yang memelihara ayam berbulu putih, maka tidak akan didekati syaitan dan sihir

TEKS BAHASA ARAB

مَنِ اتَّخَذَ دِيكًا أَبْيَضَ لَمْ يَقْرَبْهُ شَيْطَانٌ وَلا سِحْرٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memelihara ayam berbulu putih, maka tidak akan didekati syaitan dan sihir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْهَا: سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ[1]

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya[2].

Antara contoh yang disebutkan juga oleh beliau ialah (hadis no. 77),

وَحَدِيثِ “مَنِ اتَّخَذَ دِيكًا أَبْيَضَ لَمْ يَقْرَبْهُ شَيْطَانٌ وَلا سِحْرٌ”. [3]

Contoh lain adalah:

“Sesiapa yang memelihara ayam berbulu putih, maka tidak akan didekati syaitan dan sihir.” [4]

Berikut adalah komentar terhadap hadis ini dari notakaki buku terjemahan nya yang berjudul Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu,

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at(3/135). Selepas menyebutkan beberapa hadis dalam bab ini, Ibnu Jauzi berkata: Hadis-hadis ini tidak ada satu pun yang sahih.


 

[1] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, ed. ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah (Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970), hal. 54.

[2] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, ed. Solehah Abu Bakar (Selangor: Kemilau Publika, 2015), hal. 45-46.

[3] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, hal. 55

[4] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, hal. 50

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Edited by ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.