Tidak ada sesuatu yang lebih menyembuhkan pada pandangan aku untuk wanita yang sedang bernifas

TEKS BAHASA ARAB ما للنفساء عندي شفاء مثل الرطب، ولا للمريض مثل العسل. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak ada sesuatu yang lebih menyembuhkan pada pandangan aku untuk wanita yang sedang bernifas, selain daripada buah kurma manakala untuk orang yang sakit pula ialah madu. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam …

Sesungguhnya manusia akan melakukan haji dan umrah, serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj

TEKS BAHASA ARAB إن الناس ليحجون ويعتمرون، ويغرسون النخل بعد خروج يأجوج ومأجوج. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya manusia akan melakukan haji dan umrah, serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj. STATUS Lemah dengan lafaz selengkap ini KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu …

Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’

TEKS BAHASA ARAB حديث: من قال: سبحان الله وبحمده، غرس الله له ألف نخلة في الجنة أصلها ذهب. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah menanam untuknya seribu pohon kurma dalam syurga, pangkalnya adalah emas. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Golongan yang dimasukkan ke dalam syurga kerana bersedekah

TEKS BAHASA ARAB إن الله يدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينفع المسكين ثلاثة الجنة: الآمر به، والزوجة المصلحة، والخادم الذي يناول المسكين. وقال: الحمد لله الذي لم ينس خدمنا. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan (sebab bersedekah) sesuap roti dan segenggam kurma dan seumpamanya yang boleh memberikan manfaat kepada orang miskin, 3 golongan …

Peliharalah diri kamu dari neraka walau dengan (bersedekah) separuh biji kurma

TEKS BAHASA ARAB اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإنها تسد من الجائع مسدها من الشبعان. TEKS BAHASA MALAYSIA Peliharalah diri kamu dari neraka walau dengan (bersedekah) separuh biji kurma, sesungguhnya ia akan mengisi perut orang yang lapar seperti mana ia memenuhi perut orang yang kekenyangan. STATUS Sangat Lemah, potongan pertama hadis adalah sahih KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh …