Tidak ada sesuatu yang lebih menyembuhkan pada pandangan aku untuk wanita yang sedang bernifas

TEKS BAHASA ARAB

ما للنفساء عندي شفاء مثل الرطب، ولا للمريض مثل العسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu yang lebih menyembuhkan pada pandangan aku untuk wanita yang sedang bernifas, selain daripada buah kurma manakala untuk orang yang sakit pula ialah madu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis nombor 5902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبو هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما للنفساء عندي شفاء مثل الرطب، ولا للمريض مثل العسل)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (264)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sesuatu yang lebih menyembuhkan pada pandangan aku untuk wanita yang sedang bernifas, selain daripada buah kurma manakala untuk orang yang sakit pula ialah madu. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 264].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.