Peliharalah diri kamu dari neraka walau dengan (bersedekah) separuh biji kurma

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإنها تسد من الجائع مسدها من الشبعان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peliharalah diri kamu dari neraka walau dengan (bersedekah) separuh biji kurma, sesungguhnya ia akan mengisi perut orang yang lapar seperti mana ia memenuhi perut orang yang kekenyangan.

STATUS

Sangat Lemah, potongan pertama hadis adalah sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا، شطر الأول صحيح) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإنها تسد من الجائع مسدها من الشبعان)). [عق، عد، ((الضعيفة)) (1784)].

(Sangat Lemah, potongan pertama hadis adalah sahih)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “Peliharalah diri kamu dari neraka walau dengan (bersedekah) separuh biji kurma, sesungguhnya ia akan mengisi perut orang yang lapar seperti mana ia memenuhi perut orang yang kekenyangan.”
[Riwayat Al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1784].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.