TEKS BAHASA ARAB
إن الناس ليحجون ويعتمرون، ويغرسون النخل بعد خروج يأجوج ومأجوج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya manusia akan melakukan haji dan umrah, serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.
STATUS
Lemah dengan lafaz selengkap ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis nombor 3751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الناس ليحجون ويعتمرون، ويغرسون النخل بعد خروج يأجوج ومأجوج)). [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (2370)]
(Lemah dengan Lafaz Selengkap Ini)
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia akan melakukan haji dan umrah, serta menanam pokok kurma selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.
[Riwayat Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2370]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.