Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قال: سبحان الله وبحمده، غرس الله له ألف نخلة في الجنة أصلها ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah menanam untuknya seribu pohon kurma dalam syurga, pangkalnya adalah emas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 193, hadis nombor 602. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن قيم الجوزية: رواه جعفر بن جسر بن فرقد، هو: أبو سليمان القصاب البصري: أحاديثه منكرة، وأبوه: لا شيء ولا يكتب حديث.

Ibn al-Qayyim berkata: Diriwayatkan oleh Ja’far bin Jisr bin Farqad. Beliau adalah Abu Sulaiman al-Qassab al-Basri. Semua hadithnya munkar. Ayahnya tidak ada nilai (sangat lemah) dan tidak boleh ditulis hadithnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs