Golongan yang dimasukkan ke dalam syurga kerana bersedekah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينفع المسكين ثلاثة الجنة: الآمر به، والزوجة المصلحة، والخادم الذي يناول المسكين. وقال: الحمد لله الذي لم ينس خدمنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan (sebab bersedekah) sesuap roti dan segenggam kurma dan seumpamanya yang boleh memberikan manfaat kepada orang miskin, 3 golongan berikut: Orang yang menyuruhnya (yakni pemilik rumah), seorang isteri yang menyediakannya (kerana memasakkan makanan tersebut), serta khadam yang membantu (membawakannya kepada) orang miskin itu.” Baginda bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kami.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis nombor 4486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينفع المسكين ثلاثة الجنة: الآمر به، والزوجة المصلحة، والخادم الذي يناول المسكين)). وقال: ((الحمد لله الذي لم ينس خدمنا)). [ك، ((الضعيفة)) (3132)].


(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan (sebab bersedekah) sesuap roti dan segenggam kurma dan seumpamanya yang boleh memberikan manfaat kepada orang miskin, 3 golongan berikut: Orang yang menyuruhnya (yakni pemilik rumah), seorang isteri yang menyediakannya (kerana memasakkan makanan tersebut), serta khadam yang membantu (membawakannya kepada) orang miskin itu.” Baginda bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kami.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3132].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs