Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya

TEKS BAHASA ARAB ثلاث من فعلهن أطاق الصيام: من أكل قبل أن يشرب وتسحر وقال. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya, iaitu: makan sebelum minum, bersahur dan tidur pada waktu tengah hari. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan …

Kelebihan makan sedikit dan memakai wangian ketika waktu sahur dan makan sikit ketika berbuka

TEKS BAHASA ARAB من أراد ان يقوى على الصيام؛ فليتسحر، وليقل، ويشم طيبا ولا يفطر على ماء. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa yang ingin lebih bertenaga ketika berpuasa, maka bangunlah pada waktu sahur dan makanlah dengan jumlah sedikit, dan hidulah wangian, dan janganlah mulai berbuka puasa dengan meminum air. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr …

Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum

TEKS BAHASA ARAB ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض والصائم حتى يفطر والإمام العادل. TEKS BAHASA MALAYSIA Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum: “Orang yang berbuka puasa, orang yang makan sahur, dan tuan rumah yang memuliakan tetamu. Tiga golongan …

Bersugi ketika sahur

TEKS BAHASA ARAB لولا أن أشق على أمتي؛ لأمرتهم أن يستاكوا بالأسحار. TEKS BAHASA MALAYSIA Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi ketika sahur. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, …

Allah SWT melindungi penduduk bumi daripada azab kerana adanya manusia yang mengimarahkan masjid

TEKS BAHASA ARAB إن الله عزوجل يقول: إني لأهم بأهل الأرض عذابا، فإذا نظرت إلى عمار بيوتي وإلى المتحابين في، وإلى المستغفرين بالأسحار صرفته عنهم. TEKS BAHASA MALAYSIA Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku melindungi penduduk bumi daripada azab apabila Aku melihat adanya orang-orang yang mengimarahkan rumah-rumah-Ku dan orang yang saling mencintai keranaKu dan orang yang memohon ampun pada waktu sahur, …