TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض والصائم حتى يفطر والإمام العادل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum: “Orang yang berbuka puasa, orang yang makan sahur, dan tuan rumah yang memuliakan tetamu. Tiga golongan orang yang tidak dipersalahkan kerana akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan imam (pemimpin) yang adil.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis nombor 8679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض والصائم حتى يفطر والإمام العادل.)) [فر، ((الضعيفة)) (1980)].
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum: “Orang yang berbuka puasa, orang yang makan sahur, dan tuan rumah yang memuliakan tetamu. Tiga golongan orang yang tidak dipersalahkan kerana akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan imam (pemimpin) yang adil.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1980].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.