Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من فعلهن أطاق الصيام: من أكل قبل أن يشرب وتسحر وقال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya, iaitu: makan sebelum minum, bersahur dan tidur pada waktu tengahari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: ثلاث من فعلهن أطاق الصيام من أكل قبل أن يشرب، وتسحر، وقال. [فر، الضعيفة (3431)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya, iaitu: makan sebelum minum, bersahur dan tidur pada waktu tengahari. [Riwayat al-Firdaws dalam Musnad al-Daylami. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3431]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.