TEKS BAHASA ARAB
من أراد ان يقوى على الصيام؛ فليتسحر، وليقل، ويشم طيبا ولا يفطر على ماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang ingin lebih bertenaga ketika berpuasa, maka bangunlah pada waktu sahur dan makanlah dengan jumlah sedikit, dan hidulah wangian, dan janganlah mulai berbuka puasa dengan meminum air.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis nombor 8290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من أراد ان يَقْوى على الصيام؛ فليتسحر، ولْيُقِلَّ، ويشم طيباً ولا يُفطر على ماء)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (6207)]
(Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang ingin lebih bertenaga ketika berpuasa, maka bangunlah pada waktu sahur dan makanlah dengan jumlah sedikit, dan hidulah wangian, dan janganlah mulai berbuka puasa dengan meminum air.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6207].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.