Allah SWT melindungi penduduk bumi daripada azab kerana adanya manusia yang mengimarahkan masjid

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عزوجل يقول: إني لأهم بأهل الأرض عذابا، فإذا نظرت إلى عمار بيوتي وإلى المتحابين في، وإلى المستغفرين بالأسحار صرفته عنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku melindungi penduduk bumi daripada azab apabila Aku melihat adanya orang-orang yang mengimarahkan rumah-rumah-Ku dan orang yang saling mencintai keranaKu dan orang yang memohon ampun pada waktu sahur, maka Aku pun mengangkat azab daripada mereka."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1580, hadis nombor 7996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس- رضي الله عنه-، قال : قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله عزوجل يقول: إني لأهم بأهل الأرض عذاباً، فإذا نظرت إلى عُمَّارِ بُيوتي والى المتحابِّين فيَّ، وإلى المستغفرين بالأسحار صرفته عنهم)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (7102)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Aku melindungi penduduk bumi daripada azab apabila Aku melihat adanya orang-orang yang mengimarahkan rumah-rumah-Ku dan orang yang saling mencintai keranaKu dan orang yang memohon ampun pada waktu sahur, maka Aku pun mengangkat azab daripada mereka."))
[Riwayat Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Bayhaqī di dalam al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7102].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs