Setiap hamba Muslim mempunyai dua pintu di langit

TEKS BAHASA ARAB ما من عبد مسلم إلا له بابان في السماء، باب ينزل منه رزقه، وباب يدخل منه عمله وكلامه، فإن فقداه بكيا عليه. TEKS BAHASA MALAYSIA Setiap hamba Muslim mempunyai dua pintu di langit; satu pintu yang rezekinya turun melaluinya, dan satu pintu lagi yang dimasuki oleh amalan dan ucapannya. Jika kedua-dua pintu itu kehilangannya, mereka akan menangisinya. …

Berlebih-lebihan dalam meratapi suatu kematian

TEKS BAHASA ARAB أيما نائحة ماتت قبل أن تتوب؛ ألبسها الله سربالا من نار، وأقامها للناس يوم القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Mana-mana orang yang meratapi (suatu kematian) lalu meninggal dunia sebelum sempat bertaubat, Allah pakaikan kepadanya pakaian daripada neraka dan dia akan berdiri untuk (agar mudah dikenali ramai) orang ramai pada hari kiamat. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …

Apabila seseorang anak yatim menangis, ‘Arasy al-Rahman akan bergoncang

TEKS BAHASA ARAB إن اليتيم إذا بكى؛ اهتز عرش الرحمن لبكائه، فيقول الله عز وجل لملائكته: من أبكى عبدي وأنا قبضت أباه وواريته في التراب؟! فيقولون ربنا لا علم لنا فيقول الرب تعالى اشهدوا لمن أرضاه أرضيه يوم القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang anak yatim menangis, ‘Arasy al-Rahman akan bergoncang kerana tangisannya. Lalu Allah akan berfirman kepada malaikat-Nya: Siapa …

Apabila seorang anak yatim menangis

TEKS BAHASA ARAB إذا بكى اليتيم؛ وقعت دموعه في كف الرحمن تعالى فيقول: من أبكى هذا اليتيم الذي واريت والديه تحت الثرى؟ من أسكته؛ فله الجنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seorang anak yatim menangis, air matanya jatuh di atas tangan al-Rahman, lalu Dia berfirman: Siapa yang membuatkan anak yatim ini menangis, yang mana kedua ibu bapanya Aku kebumikan di bawah …

Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW mudah tergoda dengan perkara-perkara keduniaan

TEKS BAHASA ARAB هذه الدنيا مثلت لي، فقلت لها: إليك عني! ثم رجعت فقالت: إنك إن أفلت مني؛ فلن يفلت مني من بعدك. TEKS BAHASA MALAYSIA Dibentuk bagiku dunia (seolah-olah suatu lembaga), lalu aku berkata kepadanya (dunia): "Jauhlah kamu dari diriku", kemudian ia (dunia) kembali lagi dan berkata: "Jika engkau lari daripadaku, maka tidak akan lari daripadaku sesiapapun selepas kamu". …