Setiap hamba Muslim mempunyai dua pintu di langit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد مسلم إلا له بابان في السماء، باب ينزل منه رزقه، وباب يدخل منه عمله وكلامه، فإن فقداه بكيا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap hamba Muslim mempunyai dua pintu di langit; satu pintu yang rezekinya turun melaluinya, dan satu pintu lagi yang dimasuki oleh amalan dan ucapannya. Jika kedua-dua pintu itu kehilangannya, mereka akan menangisinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 483, hadis nombor 2598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس –رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من عبد مسلم إلا له بابان في السماء، باب ينزل منه رزقه، وباب يدخل منه عمله وكلامه، فإن فقداه بكيا عليه)). [ع، حل، ((الضعيفة)) (4491)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap hamba Muslim mempunyai dua pintu di langit; satu pintu yang rezekinya turun melaluinya, dan satu pintu lagi yang dimasuki oleh amalan dan ucapannya. Jika kedua-dua pintu itu kehilangannya, mereka akan menangisinya.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.