Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW mudah tergoda dengan perkara-perkara keduniaan

TEKS BAHASA ARAB

هذه الدنيا مثلت لي، فقلت لها: إليك عني! ثم رجعت فقالت: إنك إن أفلت مني؛ فلن يفلت مني من بعدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dibentuk bagiku dunia (seolah-olah suatu lembaga), lalu aku berkata kepadanya (dunia): "Jauhlah kamu dari diriku", kemudian ia (dunia) kembali lagi dan berkata: "Jika engkau lari daripadaku, maka tidak akan lari daripadaku sesiapapun selepas kamu".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 623, hadis nombor 3242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – قال: كنا مع أبي بكر الصديق رضي الله عنه؛ فدعا بشراب؛ فأتي بماء وعسل، فلما أدناه من فيه؛ بكى وبكى حتى أبكى أصحابه، فسكتوا وما سكت، ثم عاد فبكى؛ حتى ظنوا أنهم لم يقدروا على مسألته. قال: ثم مسح عينيه، فقالوا: يا خليفة رسول الله! ما أبكاك؟! قال: كنت مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فرأيته قد دفع عن نفسه شيئاً، ولم أر معه أحداً؛ فقلت: يا رسول الله! ما الذي تدفع عن نفسك؟! قال: ((هذه الدنيا مثلت لي، فقلت لها: إليك عني! ثم رجعت فقالت: إنك إن أفلت مني؛ فلن يفلت مني من بعدك)). [البزار، ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، ((الضعيفة)) (4878)].

(Sangat Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: Kami bersama Abu Bakar al-Siddiq RA lalu beliau meminta suatu minuman. Lalu didatangkan kepadanya air dan madu. Apabila ia didekatkan ke mulutnya, beliau menangis dan menangis sehingga sahabat-sahabatnya yang lain juga menangis. Apabila mereka berhenti (menangis), Abu Bakar masih menangis, kemudian beliau menangis lagi, sehingga mereka menyangka mereka tidak mampu lagi memahami permasalahan beliau. Dia (Zaid) berkata: Lalu beliau (Abu Bakar RA) mengelap matanya. Mereka bertanya: Wahai Khalifah Rasulullah SAW! Apa yang membuatkan kamu menangis? Beliau berkata: "Suatu hari aku bersama Rasulullah SAW lalu aku melihat Baginda menolak sesuatu sedangkan aku melihat tiada orang lain bersamanya. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang kamu tolak daripada diri kamu?. Baginda bersabda: ‘Dibentuk bagiku dunia (seolah-olah suatu lembaga), lalu aku berkata kepadanya (dunia): Jauhlah kamu dari diriku, kemudian ia (dunia) kembali lagi dan berkata: Jika engkau lari daripadaku, maka tidak akan lari daripadaku sesiapapun selepas kamu’."
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, dan Ibn Abi al-Dunya dalam Zam al-Dunya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4878].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs