TEKS BAHASA ARAB
أيما نائحة ماتت قبل أن تتوب؛ ألبسها الله سربالا من نار، وأقامها للناس يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mana-mana orang yang meratapi (suatu kematian) lalu meninggal dunia sebelum sempat bertaubat, Allah pakaikan kepadanya pakaian daripada neraka dan dia akan berdiri untuk (agar mudah dikenali ramai) orang ramai pada hari kiamat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis nombor 6735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أيما نائحة ماتت قبل أن تتوب؛ ألبسها الله سربالا من نار، وأقامها للناس يوم القيامة.
[ع، عد، ابن حبان في ((المجروحين))، عق، ((الضعيفة)) (٢٢٦٦)].
(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana orang yang meratapi (suatu kematian) lalu meninggal dunia sebelum sempat bertaubat, Allah pakaikan kepadanya pakaian daripada neraka dan dia akan berdiri untuk (agar mudah dikenali ramai) orang ramai pada hari kiamat.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn Hibban dalam al-Majruhin, al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2266]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.