Dilarang untuk meleburkan dinar dan dirham dan menjadikan keduanya emas dan perak

TEKS BAHASA ARAB حديث: النهي عن كسر الدينار والدرهم وجعلهما ذهبا وفضة. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Dilarang untuk meleburkan dinar dan dirham dan menjadikan keduanya emas dan perak. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 154, hadis …

Dinar dan dirham merupakan cop-cop mohor Allah di bumi-Nya

TEKS BAHASA ARAB الدنانير والدراهم خواتيم الله في أرضه من جاء بخاتم مولاه قضيت حاجته. TEKS BAHASA MALAYSIA Dinar dan dirham merupakan cop-cop mohor Allah di bumi-Nya, sesiapa yang datang dengan membawa cop mohor tuannya, maka akan diselesaikan hajatnya. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan …

Darah sebesar duit satu dirham

TEKS BAHASA ARAB الدم مقدار الدرهم يغسل وتعاد منه الصلاة. TEKS BAHASA MALAYSIA Darah sebesar duit satu dirham perlu dibasuh dan diulangi solat. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 37, hadis nombor 185. …

Berhutang adalah ditegah walaupun satu dirham

TEKS BAHASA ARAB الدين ولو درهم والبنت ولو مريم والسؤال ولو كيف الطريق. TEKS BAHASA MALAYSIA Berhutang adalah ditegah walaupun satu dirham, anak perempuan adalah keperitan walaupun sebaik Maryam dan bertanya juga tidak digalakkan walau sekadar arah jalan. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Mengembalikan daniq (bersamaan 1/6 dirham) adalah lebih baik

TEKS BAHASA ARAB رد دانق خير من عبادة سبعين سنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Mengembalikan daniq (bersamaan 1/6 dirham) adalah lebih baik berbanding ibadah selama 70 tahun. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di …