Mengembalikan daniq (bersamaan 1/6 dirham) adalah lebih baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رد دانق خير من عبادة سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengembalikan daniq (bersamaan 1/6 dirham) adalah lebih baik berbanding ibadah selama 70 tahun.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis nombor 160. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قاله يحيى بن عمر بن يوسف الأندلسي الفقيه المالكي حين يمم على ارتحاله من القيروان لقرطبة ليرد دانقا لبقال عليه وقال ابن المبارك رد درهم من شبهة أحب إلي من التصدق بمائة ألف ومائة ألف حتى يبلغ ستمائة ألف.

Yahya bin 'Umar bin Yusuf al-Andalusi al-Faqih al-Maliki mengucapkannya ketika mahu melakukan perjalanan beliau daripada Qairawan ke Qurtubah kerana mahu mengembalikan daniq ke penjual sayur.

Ibn al-Mubarak berkata: Mengembalikan satu dirham daripada harta syubhat lebih aku sukai berbanding menderma 100 ribu, 100 ribu hingga mencapai 600 ribu.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon