Dinar dan dirham merupakan cop-cop mohor Allah di bumi-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدنانير والدراهم خواتيم الله في أرضه من جاء بخاتم مولاه قضيت حاجته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dinar dan dirham merupakan cop-cop mohor Allah di bumi-Nya, sesiapa yang datang dengan membawa cop mohor tuannya, maka akan diselesaikan hajatnya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 37, hadis nombor 186. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini bukan daripada kalam Nabi SAW. Al-Tusi turut meriwayatkannya dalam Amali beliau daripada al-Baqir melalui kata-kata beliau. Al-Suqli turut meriwayatkannya dalam 'Awali beliau daripada Ibn Wahb melalui kata-kata beliau. Namun, kebanyakannya melalui kata-kata al-Baqir, lalu perawi-perawi dha'if telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon